www.haribelianegara.org.my

Kami Menyokong 'Earth Hour 2011'

KAMI ADALAH GENERASI HIJAU !

Rabu, 9 Mac 2011

Lorong Seni @ Dataran Remaja 2011 !



LOKASI : MENARA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA, PRECINT 4, PUTRAJAYA
MASA   : 10:00 pagi - 11:00 malam
TARIKH : 19 Mac 2011






Bahagian Pembangunan Rakan Muda melalui Unit Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Sakretariat Dataran Remaja dan dengan kerjasama Kaki Teater Muda Putrajaya membawakan anda Lorong Seni !

EarthAgain, Green Sentral & Help Our Penyu (HOPE) turut terlibat sebagai Rakan Strategik kali ini.

Tema kali ini adalah ‘Alam & Manusia’ ( tema warna BIRU LAUT ) dan persembahan yang akan dijalankan semuanya didedikasikan kepada alam sekitar, bumi tercinta dan kita sendiri MANUSIA.

Hanya sehari , maka itu ayuhlah semua hadir ke Menara KBS, Precint 4, Putrajaya. Tunjukkan keprihatinan anda kepada alam sekitar dan bumi yang kian tercemar oleh tangan jahat MANUSIA !

Isnin, 28 Februari 2011

Liga Super Futsal KBS 2011

PUTRAJAYA: 11 FEB  - Tanggungjawab dalam pembangunan sukan dan kecergasan dalam masyarakat harus dilihat sebagai satu gerakan yang harus dimainkan oleh semua pihak. Ianya sejajar dengan hasrat yang dikemukakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Putrajaya sebagai Bandar Mesra Belia serta harus diisi dengan  pelbagai program dan aktiviti-aktiviti menarik yang boleh disertai oleh pelbagai golongan masyarakat khususnya golongan belia dan remaja. Bagi merealisasikan hasrat ini,  satu anjakan paradigma harus diambil untuk dijadikan inisiatif kepada saranan Y.A.B Perdana Menteri dengan mengadakan satu program atau aktiviti yang mampu menarik penyertaan ramai dan dilakukan secara berterusan kepada golongan sasaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang  terdiri daripada  para belia. Berdasarkan kepada kejayaan penganjuran sulung Kejohanan Futsal Penjawat Awam Putrajaya 2011 pada bulan Januari 2011  yang mendapat sambutan sangat menggalakkan dari peserta seluruh negara,  KBS telah mengambil iniasatif untuk menganjurkan Liga Super Futsal  KBS - Putrajaya 2011 dengan kerjasama  Kelab Bola Sepak Futsal Arena bagi memberi ruang dan peluang kepada para belia dan remaja  yang  bukan  sahaja  inginkan kemenangan tetapi  turut ingin membina nilai-nilai murni dan karektor yang positif supaya  dapat memainkan peranan yang  lebih produktif dalam pembangunan negara di samping membina jaringan hubungan dan mengeratkan siratulrahim sesama mereka.



  Sebelum ini,  Kementerian  Belia dan Sukan yang telah  menganjurkan kejohanan Futsal Penjawat Awam Putrajaya  - Kota Belia 2011  amat berpuashati dengan penganjuran  kejohanan tersebut yang  mendapat sambutan hangat melalui penyertaan pasukan dari seluruh negara. Kejohanan tersebut telah menobatkan pasukan dari  Insititut  Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) sebagai juara bagi katagori lelaki dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selaku juara bagi katagori wanita. Rata-rata pasukan memberikan  reaksi  yang positif terhadap penganjuran kejohanan dan mahukan KBS memperbanyakkan lagi kejohanan futsal untuk semua golongan termasuk  para belia. Ini mendorong KBS untuk menganjurkan  Kejohanan Futsal Liga Super KBS  Putrajaya 2011 bagi meneruskan kesinambungannya sehingga kemuncak sambutan Hari Belia Negara secara besar-besaran di Putrajaya yang dijadualkan pada 28 Mei 2011 akan datang Liga Super Futsal KBS - Putrajaya 2011 akan diadakan  di  Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya bermula 26 Februari 2011  dan berakhir  21 Mei 2011. Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya mempunyai 11 gelanggang futsal dan mempunyai kemudahan permainan yang lengkap untuk melaksanakan kejohanan seumpama ini.



 Kejohanan  ini akan berlangsung pada setiap Sabtu dan  terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur. Kategori wanita terbuka turut mengambil tempat dalam kejohanan  ini sekaligus memberi peluang kepada kaum wanita untuk turut terlibat sama menyertai kejohanan ini bagi merebut kejuaraan. Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan daripada sektor awam dan swasta, sektor perkilangan, pelajar insitut pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah dan menghadkan penyertaan  kepada sebanyak  216 pasukan yang akan beraksi pada kejohanan  tersebut. Ia termasuk 192 pasukan lelaki dan 24 pasukan wanita. Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan iaitu  Kategori Lelaki (Terbuka), Kategori Wanita (Terbuka), Kategori Lelaki(Bawah 18 tahun) dan Kategori Lelaki (Bawah 12 tahun). Setiap pasukan  akan diwakili  12 orang pemain. Sejumlah  RM54,000.00 ditawarkan kepada pemenang-pemenang kejohanan ini dan hadiah kejuaraan yang mencecah RM 10,000 bagi johan setiap kategori yang dipertandingkan  disamping medal, Sijil dan hadiah iringan yang lain. Pihak penganjur berharap  Liga Super Futsal KBS - Putrajaya 2011 ini akan mendapat sambutan yang positif serta penyertaan yang memberangsangkan dari  semua lapisan masyarakat. Penglibatan menyeluruh oleh golongan belia yang terdiri dari pelbagai kaum Melayu, Cina dan India akan dapat membuktikan bahawa aktiviti Sukan Futsal ini adalah satu platform 
yang terbaik lagi  utuh dalam merealisasikan Konsep 1 Belia 1 Malaysia serta bertepatan dengan matlamat sebenar kejohanan yang menjadikan Bandar Putrajaya sebagai  “Bandar Mesra Belia”. 



Kepada pasukan-pasukan yang berminat, boleh menghubungi Encik Izzady bin Abd. Lah ditalian 03-8871 
3158 (pej.) emel:  izzady@kbs.gov.my dan talian mudah alih: 012-6225425;  Azman bin Maarof di ditalian  03-8871 3348 (pej.) emel: gman@kbs.gov.my dan talian mudah alih:  012-655 4008;  Encik  Mohd Hanaffi bin A. Rahman ditalian  03-8871 3355  (pej.) emel:hanaffi@kbs.gov.my dan talian mudah alih: 012-9236 459; Encik Mohd Zaila bin Ismail ditalian  03-4280 0934 (pej.) emel: aliazdhom@yahoo.com dan talian mudah alih: 012-6225 425 emel: 019-9444 334,atau Encik Nik Muhd Radzi bin Mohamed Nor di ditalian 03-8871 3158 (pej.) emel:  focusarena@yahoo.com.my dan talian mudah alih: 019-3519 934


Kejohanan Liga Futsal KBS



Satu kejohanan liga yang julung kali diadakan untuk warga Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada 19 Januari 2011 (Rabu) dan seterusnya akan diadakan pada setiap hari Rabu dengan kekerapan 2 minggu sekali serta berakhir pada bulan Mac 2011.

Kejohanan Liga ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Sukan dan Bahagian Industri Sukan bagi merebut Piala Dato’ Sri Ahmad Shabery bagi kategori Lelaki dan Piala Dato’ Mohid bagi kategori Wanita.

Kejohanan ini sejajar dengan harapan mengeratkan jalinan dalam gagasan 1Malaysia dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan warga KBS itu sendiri di samping menghindar tekanan yang berlebihan di tempat kerja.

Kejohanan Liga Futsal KBS ini akan dilangsungkan di Kompleks Futsal Presint 18 Putrajaya dari jam 5 petang hingga 7 petang.

Semua bahagian yang telah dikelaskan mengikut sektor dan agensi di bawah Kementerian dikehendaki menghantar pasukan seperti yang telah dikemukakan ke Bahagian masing-masing.

Pihak penganjur berharap Kejohanan Liga ini akan mendapat sambutan yang positif serta penyertaan yang memberangsangkan dari warga KBS sesuai dengan statusnya sebagai pemartabat industri Belia dan Sukan.

Semua kakitangan Kementerian dipohon mengambil maklum dan dijemput bersama-sama menyertai dan memeriahkan kejohanan Liga ini.
 
Disediakan Oleh : Nurul Izzah Bt Romly @ Ramli, UKK KBS
 

Program Jelajah Negara Promosi Hari Belia Negara 2011



Program Jelajah Negara Promosi Hari Belia Negara 2011 merupakan satu aktiviti yang julung kali diadakan antara kerjasama PROTON, MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) dan SEKRETARIAT HARI BELIA NEGARA 2011. Aktiviti ini adalah inisiatif bersama kesemua pihak bagi mempromosikan sambutan Hari Belia Negara 2011 (HBN 2011) yang bakal menghimpunkan seramai 1 Juta belia dari seluruh negara di Putrajaya. Skuad jelajah ini akan menjelajah ke seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.




Majlis Pelancaran Program Pemotoran 1Belia 1Malaysia ‘MUSC Drag Challenge 2011’


PUTRAJAYA, 24 Februari: Majlis Pelancaran Program Pemotoran 1Belia 1Malaysia telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (P), Datuk Jamil bin Salleh di Menara KBS.

Program MUSC Drag Challenge merupakan program sukan “sprint test @ drag racing “ yang pertama di Malaysia yang menggunakan system “Professional Drag Racing Timing, Software & Sensors” sepenuhnya.

Antara objektif program ini ialah memberi kesedaran kepada komuniti belia mengenai keburukan berlumba haram khususnya remaja di samping untuk membina modal insan di kalangan belia.

Program ini turut melibatkan IPD Sepang (PDRM), Majlis Perbandaran Sepang (MPS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).

Jadual pusingan perlumbaan akan bermula dari awal bulan Mac dan akan berakhir pada akhir Disember tahun ini dan ia akan diadakan di Persiaran Selatan (Bukit Damar), Cyberjaya.
Disediakan Oleh : Azmira Azhar, UKK KBS